Rakan-rakan,
Sejak dari kecil lagi saya telah membantu ibu saya menjual nasi lemak beliau di sekolah saya. Di kolej, saya teruskan aktiviti berniaga saya dengan menjual Maggi kepada rakan-rakan dorm.
Sehingga saya bekerja pun, saya masih lagi berniaga untuk menampung kos kehidupan. Apa boleh jual, jual… Macam-macam jenis perniagaan saya cuba…
Namun hasil pendapatan yang saya terima itu tidaklah seberapa.. Penatnya saja yang lebih…
Sehinggalah pada suatu hari, jiran saya meminta saya untuk menjual rumahnya …
“Encik Firdaus tolong jualkan rumah saya di Pinggiran USJ, saya mahukan bersih RM330,000. Jika dapat jual lebih daripada RM330,000, itu bahagian Encik Firdaus,” pinta En Zainal bersungguh-sungguh.
Saya hanya mengiakan sahaja kerana saya sendiri tidak pasti bagaimana untuk mengiklankan rumah tersebut dan langsung tidak mengetahui proses jual beli. Dan yang menjadi persoalan paling besar pada saya ketika itu; Bagaimana untuk menjual rumah tersebut dan berapa harga yang harus saya jual?
Pada ketika itu, saya redah sahaja. Saya bertanya dengan beberapa orang dan mulakan misi saya untuk menjual rumahnya :
- Ambil gambar rumah dan iklankan di mudah.my.
- 2 jam selepas itu, saya dihujani panggilan telefon
- Rupa-rupanya, 90% adalah Perunding Hartanah.
- Saya ubah strategi iklan, dan kini ada 3 orang geniune buyer yang benar-benar berminat.
- DEAL ! Salah seorang daripada mereka telah setuju untuk membeli rumah tersebut dengan harga RM360,000 !
- Ketika itu barulah menggagau apakah proses yang seterusnya. Nasib baik saya ada kawan yang merupakan seorang peguam !
Daripada transaksi hartanah pertama ini, En Zainal memberikan saya komisyen 5 angka !
Katanya “Nanti jika saya sudah terima semua duit, saya akan maklumkan Encik Firdaus untuk bank-in cek ini”. Saya mengucapkan ribuan terima kasih buat Encik Zainal dan keluarga.
Inilah kali pertama saya terima bayaran sebanyak ini. Mahu saja saya peluk dan cium Encik Zainal, sebagai tanda terima kasih tersebut.
Sepanjang saya berniaga, belum pernah lagi saya mendapat ‘untung’ sebanyak itu atas satu transaksi !
Tanpa berfikir panjang, saya teruskan perjalanan saya mencari ilmu dan menjadi seorang REN berdaftar.
Manakan tidak.. Komisyen satu transaksi jual-beli hartanah cukup lumayan !
Kini, saya telah menguruskan lebih 1,000 transaksi. Saya juga seorang pelabur hartanah dan telah membeli beberapa buah hartanah sepanjang penglibatan beliau dalam hartanah termasuk di Medini, Iskandar Malaysia.