Jika anda merancang untuk membeli rumah pada masa hadapan, anda perlu memahami beberapa aspek berkaitan pinjaman perumahan. Ini bertujuan supaya anda dapat mengaplikasikan pengetahuan mengenai pinjaman perumahan sebelum dan selepas membeli rumah.
Untuk memastikan anda layak mendapatkan pinjaman perumahan, adalah penting memiliki rekod kredit yang baik. Rekod kredit memainkan peranan utama bagi pihak bank kerana rekod kredit menentukan sama ada anda layak untuk mendapatkan pinjaman perumahan daripada mereka. Selain daripada menentukan kelayakan pinjaman, rekod kredit membantupihak bank menentukan kadar faedah yang akan dikenakan ke atas pinjaman anda. Untuk maklumat lanjut mengenai rekod kredit, anda boleh menghubungi atau melawati laman web CTOS.
Selain daripada mengetahui rekod kredit, anda perlu memahami bajet kewangan anda. Pemberi pinjaman perumahan akan memastikan anda tidak meminjam terlalu banyak dengan mempertimbangkan pendapatan anda. Ini kerana pinjaman perumahan berkait rapat dengan keupayaan anda untuk membuat pembayaran bulanan. Oleh itu, adalah penting bagi anda untuk membuat anggaran mengenai pendapatan dan status kewangan anda. Berikut adalah beberapa perkara yang perlu dimasukkan dalam anggaran anda:
- Prinsipal pinjaman gadai janji (Mortgage Principal)
- Faedah yang dikenakan pada pinjaman gadai janji
- Cukai Hartanah
- Insurans rumah dan gadai janji
- Bil Utiliti (Elektrik, air, gas, internet dan sebagainya.)
- Perbelanjaan untuk pembaikian
- Yuran Tahunan Persatuan Rukun Tetangga atau Yuran Penyelengaraan
Anda juga perlu mengetahui berapa wang pendahuluan yang diperlukan, kerana ini akan memberi impak kepada pembayaran bulanan anda.
Seterusnya, anda perlu mempertimbangkan pilihan pinjaman gadai janji “Mortgage Loan” perumahan anda. Terdapat pelbagai jenis pinjaman berdasarkan jenis, tempoh pembayaran, jenis faedah, dan sebagainya. Mengetahui pilihan pinjaman adalah penting untuk memahami risiko yang berkaitan dengan setiap jenis pinjaman perumahan dan membuat keputusan yang bijak sebelum membuat keputusan.
Selain itu, anda perlu mengetahui tempoh pinjaman gadai janji yang anda pilih. Biasanya, tempoh pinjaman perumahan adalah selama 30 atau 15 tahun, tetapi terdapat juga pilihan lain yang tersedia. Pinjaman jangka pendek biasanya memerlukan pembayaran bulanan yang tinggi tetapi dengan faedah rendah dan kos keseluruhan yang rendah. Di sisi lain, pinjaman jangka panjang memerlukan pembayaran bulanan yang rendah tetapi dengan faedah dan kos keseluruhan yang lebih tinggi.
Selain itu, anda perlu mengetahui jenis faedah yang ditawarkan, sama ada faedah tetap atau boleh disesuaikan. Faedah tetap menawarkan risiko yang lebih rendah kerana kadar faedah tidak berubah sepanjang tempoh pinjaman, menjadikan pembayaran bulanan tetap. Faedah yang boleh disesuaikan mungkin bermula dengan kadar yang rendah tetapi mempunyai risiko kerana ia boleh berubah berdasarkan pasaran semasa selepas tempoh tertentu.
Kemudian, anda perlu mengetahui jenis pinjaman gadai janji yang ditawarkan oleh pihak bank. Kebanyakannya menggunakan pinjaman konvensional, tetapi terdapat juga pinjaman yang mematuhi prinsip syariah. Oleh itu, kajian perlu dilakukan sebelum membuat keputusan.
Akhirnya, jika anda berpeluang untuk mendapatkan pinjaman perumahan yang lebih baik, mungkin disebabkan oleh peningkatan skor kredit atau perubahan kadar faedah, pertimbangkan pembiayaan semula untuk membuat keputusan yang lebih baik. Oleh itu, ambil masa untuk memahami dan mempelajari aspek-aspek berkaitan pinjaman perumahan sebelum membeli rumah, supaya keputusan yang diambil dapat memberi kepuasan berdasarkan pengetahuan sendiri.
Ahmad Firdaus Mahmod