Industri hartanah dalam dunia online telah wujud lebih dari 10 tahun yang lalu. Pada tahun 2006, portal PropertyGuru telah ditubuhkan, enam tahun lebih awal berbanding platform seperti Zalora dan Lazada muncul. Bermula tahun 2007, iProperty muncul sebagai portal jual beli dan sewa rumah di Asia, terutamanya Asia Tenggara. Tambahan pula, platform seperti Mudah.my dan Airbnb juga ditubuhkan.
Apabila PKP 1.0 dilaksanakan pada Mac 2020, ramai peniaga, terutamanya yang mempunyai kedai fizikal, terpaksa beralih ke medium online. Persoalannya, adakah penggunaan platform online untuk aktiviti jual beli rumah juga benar-benar berkesan?
Dengan kepelbagaian dalam pemilihan portal hartanah online pada masa ini dapat membantu pembeli dan penjual membeli serta menjual unit kediaman dan komersial secara online. Tambahan pula, bagi ejen hartanah berdaftar, mereka mengiklankan senarai hartanah mereka dan mencari unit yang dijual dengan harapan mendapatkan pembeli yang berpotensi.
Strategi pemasaran secara online juga yang banyak digunakan dalam jual beli hartanah melibatkan influencer media sosial, pengiklanan hartanah melalui Iklan Facebook & Iklan Instagram, pengiklanan hartanah dengan Iklan Google, dan kempen pengiklanan melalui Emel.
Secara umumnya, kos pengiklanan online lebih berkesan dan mudah dilihat tahap kejayaannya berbanding kos pengiklanan secara offline. Dengan mengiklankan rumah secara online, anda dapat menyasarkan iklan kepada audiens tertentu, seperti lelaki berumur 30-45 tahun, tinggal di Lembah Klang, dan golongan profesional, atau menggunakan kata kunci yang biasanya digunakan oleh bakal pembeli rumah di platform Google, seperti “rumah teres Klang untuk dijual” atau “rumah apartment bawah RM200,000”.
Dua strategi umum yang digunakan oleh ejen hartanah berdaftar melibatkan personal branding. Walaupun memerlukan masa, strategi ini sangat berkesan jika dilaksanakan. Caranya adalah dengan berkongsi kandungan yang bermanfaat mengenai tips dan strategi pembelian rumah di platform media sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter, YouTube, dan TikTok.
Selanjutnya, melalui penggunaan platform online penjualan hartanah dapat dilakukan dengan mengiklankan senarai hartanah di platform online seperti iProperty, Propertyguru, FB Booms dan lain-lain. Lebih baik jika melanggan pakej platform online secara tahunan kerana memberikan peluang yang lebih besar bagi senarai hartanah untuk terjual.
Secara keseluruhan, penjualan rumah dengan menggunakan teknik online telah berjaya selama bertahun-tahun, dan secara umumnya, ejen hartanah berdaftar perlu memanfaatkan platform hartanah online dan media sosial untuk mengumpulkan pembeli yang berpotensi dan akhirnya dapat membantu dalam menjual hartanah.