11 Sebab Kenapa Anda Perlu Jadi Real Estate Negotiator

Sejak Tahun 2012, saya telah menjadi Perunding Hartanah (REN) dan berkongsi Ilmu dengan orang mengenai peluang yang ada dalam Industri Hartanah. Berdasarkan pengalaman lebih 10 tahun saya, saya katakan ada 11 sebab kenapa anda perlu jadi Real Estate Negotiator.

 

1. Potensi Pendapatan Tinggi

 

Ramai yang tertarik dengan kerjaya perunding hartanah kerana ia menawarkan potensi pendapatan yang lumayan. Terutamanya jika berjaya menjual hartanah dengan harga yang tinggi. Sudah tentu komisyen juga tinggi.

 

2. Masa Yang Flexible

 

Kerjaya perunding hartanah sering memberikan fleksibiliti dan kebebasan masa kepada mereka.

Mereka boleh bekerja sendiri yang penting mereka mempunyai kawalan ke atas jadual kerja mereka.

 

3. Interaksi Sosial

 

Bagi mereka yang suka berinteraksi dan bernetworking, kerjaya perunding hartanah menawarkan peluang untuk bertemu ramai individu dan membantu mereka mencapai matlamat hartanah mereka.

 

4. Mudah dan Straight Forward

 

Hartanah yang kita hendak jual mempunyai spesifikasi yang tetap. Contoh, rumah teres 1 tingkat berkeluasan 20 x 70 kaki persegi. Rumah mempunyai 4 bilik dan 1 bilik air.

Perunding Hartanah hanya perlu berkongsi faktar kepada Client.

 

5. Cabaran Yang Berbeza

 

Setiap transaksi hartanah mempunyai cabaran uniknya sendiri, yang menawarkan variasi dan aktiviti menarik kepada mereka yang gemar cabaran.

Setiap kes mempunyai cerita dan pengalaman yang berbeza.

 

6. Pembangunan Kemahiran Diri

 

Kerjaya perunding hartanah membolehkan kita membangunkan pelbagai kemahiran termasuk, kemahiran rundingan, kemahiran komunikasi, pengetahuan pasaran hartanah, dan pemahaman tentang proses transaksi hartanah.

Perkara yang penting kita kena konsisten untuk belajar.

 

7. Peluang Kerjaya Jangka Panjang

 

Bekerja dalam industri hartanah memberikan peluang untuk membina kerjaya jangka panjang.

Perunding hartanah yang berjaya boleh membina reputasi yang baik dan bijak menggunakan data pelanggan. Insyaallah akan mendapat pendapatan yang konsisten.

 

8. Kepuasan Membantu Orang Lain

 

Sebagai Perunding Hartanah, kepuasan datang dari membantu orang lain mencapai impian mereka memiliki rumah impian atau melabur dalam hartanah.

 

9. Fleksibiliti Lokasi

 

Kerjaya perunding hartanah sering membolehkan individu bekerja di pelbagai lokasi, bergantung kepada pilihan peribadi dan peluang pasaran.

Ada Perunding Hartanah yang specialize dalam sesuatu kawasan dan ada juga yang Generalized (Cover semua kawasan).

 

10. Pertumbuhan Industri

 

Industri hartanah terus berkembang dan menawarkan pelbagai peluang bagi individu untuk menyertai bidang ini dan berkembang di dalamnya.

Setiap tahun lebih 300 biji rumah terjual yang bernilai lebih RM140 Billion. Sangat rugi jika kita tak rebut peluang ini.

 

11. Prestij dan Status Sosial

 

Bagi sesetengah Perunding Hartanah. Kejayaan mendapat pendapatan yang lumayan memberikan prestij dan status sosial tertentu, terutamanya jika mereka berjaya membina reputasi yang baik dalam industri tersebut.

 

Anda berminat nak jadi Perunding Hartanah?

Saya bersedia berkongsi pengalaman saya. Hubungi +6016-217 9896 sekarang.