Aduh.. banyaknya benda tak tahu pasal jual beli hartanah ni...

Kalau tersalah langkah, bukan saja masa terbuang, duit beribu-ribu juga akan terbang! Emosi pun tercalar beb !

Aduh.. banyaknya benda tak tahu pasal jual beli hartanah ni...

Kalau tersalah langkah, bukan saja masa terbuang, duit beribu-ribu juga akan terbang! Emosi pun tercalar beb !

101 Soalan Yang Anda Perlu Tanya Peguam Hartanah Sebelum Beli Rumah

Jika anda pembeli hartanah, anda perlu dapatkan buku ini sebab

Anda tak nak tersilap pilih lawyer

Jika anda tersalah pilih lawyer yang tak cekap dan tak cukup staff, file anda mungkin akan ‘stuck’ dan proses untuk pindah milik akan jadi lebih lama dari yang sepatutnya.

Anda kena tahu kos yang terlibat

Siapkan duit yang cukup untuk transaksi jual beli. Kalau sangkut tengah jalan sebab anda tak cukup duit, pemilik ada hak untuk batalkan transaksi. Kos-kos yang anda dah keluarkan akan burn begitu saja.

Anda perlu tahu perkara dalam Perjanjian Jual Beli (SPA)

Anda perlu tahu apa yang anda sign dan tahu hak-hak anda dalam transaksi jual beli hartanah ini.

Anda perlu tahu apa kos-kos terlibat jika nak jual rumah nanti

Berapa RPGT/CKHT kena bayar, kos peguam, dan kos-kos lain yang terlibat dalam penjualan hartanah. Jika tak kira awal-awal, entah-entah jatuh rugi pulak bila anda menjual

Loan anda dah habis bayar tapi masih lagi ada nama bank dalam geran

Ramai yang tak tahu benda ni. Apabila pinjaman anda telah selesai, anda MESTI mendapatkan semula geran asal tersebut daripada bank. Macam mana nak buat? Buku ni ada ceritakan caranya.

Anda adalah frontliner untuk transaksi jual beli hartanah

Jadi, lebih mudah untuk anda explain kepada buyer dengan owner masalah-masalah yang mungkin akan timbul berkenaan hartanah tersebut. Jika anda dapat detect awal, lagi lancar transaksi jual beli akan berlaku.

Anda boleh kurangkan risiko dan tidak buang masa

Bayangkan situasi ni. Earnest deposit/duit booking dah collect. Anda check kelayakan loan, memang boleh lulus. Sekali buyer anda ni rupanya tak layak untuk beli rumah low cost! Terpaksa anda pulangkan duit booking tu. Tak ke nangis tepi bucu katil?

Perlu pastikan hartanah tu takde caveat sebelum jual

Ini pun kes sama macam rumah low cost tu jugak. Anda dah happy closed rumah tu, sekali owner tak berterus terang daa.. Rupanya ada caveat atas rumah tu sebab owner berhutang dengan orang. Kes tak dapat selesai, buyer tarik diri. Melepas komisyen untuk bulan ni.

ISI KANDUNGAN BUKU INI

Yang menariknya.. buku ini kandungannya adalah FULL COLOR!

So anda tak bosan macam baca buku Black and White.

Dan lagi best.. Cikpuan Edorra akan sediakan sekali BONUS Video penerangan tentang Letter of Offer to Purchase (OTP) yang anda bakal tandatangani ketika booking rumah nanti. Jadi, anda akan faham apa yang anda sign tu.. takde lah simply sign aje tanpa faham content.

Psst !

Kadangkala, Perunding Hartanah pun tak faham content Letter of Offer to Purchase (OTP) tau!

Siapa Ahmad Firdaus Mahmod ?

Ahmad Firdaus Mahmod telah memulakan kerjaya perunding hartanah sejak 2012. Sebelum itu beliau bekerja sebagai Credit Analyst di syarikat telekomunikasi DIGI.

Pada mulanya beliau hanya mahu menolong jiran untuk menjual rumah beliau. Dari transaksi tersebut, jiran beliau memberikanRM30,000 sebagai komisyen. Sejak dari itu, beliau tidak menoleh ke belakang lagi.

Kini, beliau telah menguruskan lebih 500 transaksi. Beliau juga seorang pelabur hartanah dan telah membeli beberapa buah hartanah sepanjang penglibatan beliau dalam hartanah termasuk di Medini, Iskandar Malaysia. Beliau juga telah menulis buku SOLD! Kunci Ini Milik Siapa, Kit Sukses Saudagar Hartanah dan On Your Mark, Get Set, GO yang ditulis atas dasar untuk meningkatkan kesedaran tentang kerjaya perunding hartanah.

Ahmad Firdaus Mahmod juga pernah muncul di media massa seperti akhbar Sinar Harian, majalah Prospek Hartanah, Mingguan Wanita, dan TV Al-Hijrah.
Ahmad Firdaus Mahmod
Perunding Hartanah

Siapa Aidil Ratna Edorra Suhaimin ?

Aidil Ratna Edorra Suhaimin dilahirkan di Kuantan, Pahang Darul Makmur dan mendapat Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Multimedia pada tahun 2010. Beliau bertugas sebagai Peguambela dan Peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya hampir sembilan tahun dan fokus dalam Undang-Undang Hartanah di Malaysia. Beliau juga mempunyai firma guaman sendiri iaitu Tetuan Edorra Arfah Khandhar yang ditubuhkan bersama dengan dua orang lagi rakan kongsi yang beroperasi di Shah Alam.

Pengalaman Cik Aidil Ratna Edorra selama hampir 9 tahun sebagai peguam hartanah dan memiliki firma guaman sendiri memberikan kelebihan yang sangat positif dalam merungkai persoalan yang berkaitan jual beli hartanah.
Aidil Ratna Edorra Suhaimin
Peguam Hartanah

Apa kata mereka yang telah baca buku ini?

"Wah.. buku ni memang padat sangat dengan ilmu hartanah. Sudah lebih 7 tahun saya terlibat secara aktif dalam industri hartanah. Terlalu banyak input-input penting dikongsikan dalam buku ini. Tahniah En Ahmad dan Cik Edorra kerana terbitkan buku ni."
Linna Samsudin
Perunding Hartanah
"Buku ni sangat-sangat membantu especially ejen baru macam saya ni. Newbie macam saya ni kena lalui beberapa kes untuk dapat ilmu ni. Tapi buku ni dah jadi shortcut untuk saya faham proses jual beli hartanah. Memang best content buku ni! Perunding Hartanah newbie memang patut ada satu buku ni sebagai rujukan."
Hazwani Yusoff
Perunding Hartanah
"Sebelum ni saya rasa ragu-ragu untuk beli rumah. Saya rasa macam susah je nak beli rumah. Dahlah kena keluarkan modal ribu-ribu. Kalau tersalah langkah nanti naya jer burn duit macam tu aje. Tapi lepas baca buku ni, macam ada 'lightbulb' menyala kat kepala ni. Rasa confident dah nak beli rumah pertama saya. "
Hilmi Hamzah
Pembeli Rumah Pertama

Dapatkan Buku Ini Sekarang

  • Kandungan/mukasurat berwarna. Tak bosan baca!
  • Padat dengan ilmu transaksi hartanah terkini
  • 140 mukasurat
  • Saiz buku 6×9 inci
  • BONUS ! Video penerangan peguam tentang Letter of Offer to Purchase (OTP) yang anda bakal tandatangani ketika booking rumah

Dapatkan ilmu hartanah yang padat dengan buku ini hanya dengan pelaburan sebanyak

Lagi best… kami belanja kos pos tau

Jadi, jangan lengahkan lagi pembelian anda. Klik butang BELI BUKU SEKARANG!

RM59.90 sahaja

F.A.Q

Ya, ini adalah buku fizikal. Kami akan poskan kepada anda.

Belum lagi. Tapi kami ada perancangan untuk mengedarkannya di sana.

 

Boleh. Ini alamat office kami. 4-05-02, 1st floor, Blok 4 Presint Alami, Worldwide Business Centre 2, No 2 Jalan Akuatik, Seksyen 13, 40100 Shah Alam Selangor.

Kami berdekatan dengan Pusat Zakat Selangor. 

Kami menerima pembayaran melalui Maybank2u, CIMBClicks, dan beberapa Interbank Giro yang lain. Kami menggunakan Billplz untuk tujuan pembayaran.

Anda juga boleh membuat bayaran melalui cash deposit machine (CDM) tapi kami tidak menggalakkannya. Pembayaran anda mungkin akan lambat disahkan jika anda menggunakan cara ini.

Sila emailkan kepada sales@saudagarhartanah.com atau whatsapp 016-2060-669.

Perlukan Bantuan? Hubungi Kami